Perbezaan HTTP dengan HTTPS
Hypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah rangkaian komunikasi yang
biasa digunakan pada laman web seperti blog yang tidak melibatkan pemindahan
maklumat sulit seperti kad kredit. Hypertext
Transfer Protocol Secure (HTTPS)
pula bekerja dengan SSL di mana SSL Digital
Certificate perlu dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum
menggunakan HTTPS. Biasanya HTTPS
digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat sensitif ke web server. Contohnya laman web
perbankan atas talian, e-mel, dan laman web e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya
HTTPS dijual oleh penyelia web hosting. SSL Digital
Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan
pada laman e-dagang.
Sekiranya laman web meminta
memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat tersebut bermula dengan
https:// tetapi sekiranya tidak jangan
masukkan demi keselamatan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan