Selasa, 14 Oktober 2014

Perbeza Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0

1        Web 1.0
Web 1.0 merupakan teknologi web generasi pertama yang merupakan revolusi baru di dunia internet kerana telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, laman web (website) yang dibangun pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Pada era Web 1.0, apabila anda membuka internet browser dan mulai mencari informasi, anda akan dapati teknologi bagaikan sebuah buku raksasa, iaitu anda harus mencari halaman demi halaman untuk menemukan informasi tersebut.

2        Web 2.0
Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan interaksi yang lebih bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan kongsi  informasi secara dalam talian. Contoh Web 2.0 ialah youtube, wiki, flickr, facebook, word processing, spreadsheeting, free web-based, online banking dan e-mel. Pada era Web 2.0, anda boleh membuka internet browser dan mencari informasi, anda dapat berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar fikiran dengan pengguna internet yang lain. Informasi yang diperolehi adalah lebih lengkap. Contohnya,sebelum ini ensiklopedia.com menyajikan semua informasi yang anda perlukan.  Namun kini, wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap.

3        Web 3.0
Menurut John Markoff (2006), terdapat konsep web masa depan di mana arah perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0.  Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience. Menurut Nova Spivack perkembangan Web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010-2030. Beliau ialah pakar dan perintis dalam bidang Semantic Web. Semantic Web adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep web 3.0. Era Web 3.0 Semantic Web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir. Namun melalui Semantic Web diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan menentukan” informasi yang sedang dicari.  Contohnya, apabila anda mencari perkataan “kuda”, anda akan memperoleh semua informasi/data biologi tentang spesies kuda termasuk mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda dan pelbagai maklumat berkaitan kuda.

Web 1.0
Tertutup, individual  publishing, komunikasi sehala, penglibatan pasif membaca  sahaja laman web persendirian.
Web 2.0
Kolaborasi, penglibatan berkumpulan, komunikasi 2 hala, penglibatan  yang aktif, pengguna – menjana kandungan dan blogging, print and digital unfiltered “The social web”.
Web 3.0
Aplikasi dinamik, perkhidmatan interaktif  “The intelligent Web” digital, dynamic – filtered.



Web 1.0
Merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dan merupakan sebuah bentuk revolusi terbaru di dunia internet. Tujuan pengembangan daripada web ini adalah untuk kemudahan dalam pengaksesan informasi. Web 1.0 bersifat statis dan halaman webnya hanya dapat menampilkan sahaja, halaman web benar-benar direka sebagai HTML yang asli, dan komunikasinya biasanya hanya satu arah.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioh7JlkoJBeLsCydaswnivqxY8qP3gm-vozoDorD0UjTh8zlc_04FEXFfvdW5AnReXIMqeFMdePvlqsiUxJr-e10cGJhnyVCIastBFWUVKxS0Yevv45cia223gL7OrOOgQBeAOLSKPMMg/s1600/index.jpg
Web 2.0
Merupakan web yang muncul setelah keberadaan Web 1.0. Web 2.0 ini bersifat Read-Write dan Web 2.0 memiliki kemampuan melakukan aktivita drag and drop, auto complete, chat, voice yang dapat dilakukan seperti aplikasi desktop. Web 2.0 pertama kali disebutkan oleh O'Reilly Media pada tahun 2003, dan tahun 2004 dilancarkan dalam persidangan Web 2.0 pertama.  Oleh kerana bersifat platform, aplikasi-aplikasi pada Web 2.0 tidak lagi terbatas kepada sistem operasi seperti pada Windows. Kelebihan lain dari aplikasi Web 2.0 ialah menggunakan teknik-teknik penprograman yang “ringan” seperti AJAX dan RSS, maksudnya Ajax atau Asynchronous JAVA Script dan XLM itu bekerja dengan mengirimkan permintaan data dari user ke server dan hasil dari permintaan data tidak dikemukakan sebagai halaman HTML yang penuh, tetapi hanya sebagian kecil halaman. Dalam Web 2.0 ada menggunakan Web Service dan REST sebagai teknologi asas.
Web 3.0
Ini merupakan web generasi ketiga setelah Web 1.0 dan Web 2.0. Dalam pengembangannya, Web 3.0 membuat tampilan seolah-olah seperti nyata atau hidup. Dalam hal search engine, web 3.0 tidak hanya dapat menemukan keywords yang akan user cari, tetapi dapat juga menginterpretasi konteks dari pemintaan yang pengguna lakukan. Ia akan mencarikan hasil yang lebih sesuai dan mencadangkan kandungan yang berkaitan. Saat ini Web 3.0 mulai dikembangkan di beberapa perusahaan dunia, seperti Secondlife dan Google Co-Ops.Ciri - ciri Web 3.0: Tran
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG2ipUGWzKWtv4AL2BJAOKlZ1ADT-0sA0FsPnHSAzTDM3Dz0JfxVvG_16hPgWC_KXezXv9UTLUDv51GyYoP00oMD0Lr36odyCEkshkdPCQQSlEjRIgeTBX-L27n9xLF4ETCrhfgoy8WaM/s1600/3.jpg


2 ulasan:

  1. Why does pokies pay for winnings as part of the Evolution
    The casino bonus offered by 의정부 출장안마 Evolution Gaming 용인 출장샵 is 충청남도 출장마사지 the same for free when 강릉 출장마사지 you sign up 속초 출장안마 for an Evolution account, which can be accessed

    BalasPadam
  2. Salam, boleh saya tahu rujukan tentang penulisan diatas diambil dari mana?

    BalasPadam